Saturday, May 31, 2014

Masker bersama ESP Shaklee

Assalammualaikum & salam 1 Malaysia,

Nak kongsi homemade facial, jimat duit..jimat masa.
Sementara menunggu maghrib, saya tak tahu nak buat apa?...
Ha'aa..nak buat masker la... lihat lampiran saya :

Memang superb... rasa fresh... masya Allah.

Anda nak ke??... jom dapatkan ESP dari saya ;
ESP..banyak khasiatnya tau.

Kebaikan dan Kelebihan Peppermint Ginger Plus Shaklee

Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:


  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.


Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:

Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan sepertimuntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.


Halia
  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa haliamenghalang muntah selepas pembedahan.

Bacaan lanjut mengenai Halia : 10 Kelebihan Halia yang mungkin kita tidak tahu.


Pokok adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untukmenghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.


Cekur Manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakanmasalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

TESTIMONI 1:



TESTIMONI 2

TESTIMONI 3

Berminat, hubungi saya :

Kisah si bawang Putih...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Kisah si bawang putih kepada kita.. memang banyak kelebihan nya.


Khasiat bawang putih

Bawang putih ternyata banyak khasiat untuk kesihatan. Ia mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk mengurangkan pertumbuhan tumor.

Khasiat lain termasuk mengubati demam, selesema, menyuburkan rambut, membersihkan jerawat dan menyembuhkan penyakit kulit.

Bagi mereka yang demam, ambil hirisan bawang putih dan campurkan dengan air panas selama beberapa minit sebelum diminum.



Untuk rambut subur pula, sapukan hirisan bawang putih di bahagian rambut sekurangkurangnya sekali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

Selain itu, sapu hirisan bawang putih ke bahagian berjerawat untuk membersihkannya.

Antara kebaikan bawang putih

Mengurangkan Risiko Angin Ahmar . Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan Risiko Kanser . Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus . Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi Iodin . Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Miningkatkan Sistem Imunisasi . Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Antiinflamasi . Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

Melindungi Tanaman . Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam. hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat. 

Membantu Sistem Pencernaan . Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh . Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut.  Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

Menyuburkan Rambut.  Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.

Membersihkan Jerawat . Bawang putih merupakan remedi semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.

Thursday, May 29, 2014

Testimoni bersama Meal Shakes Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Untuk santapan bersama...
Testimoni ibu & anak-anak bersama minuman khasiat MEAL SHAKES :






Memang bagus untuk anak-anak kita yang sedang membesar.
Berminat hubungi saya :

Tuesday, May 27, 2014

Info Zinc Shaklee

APA itu ZINC?
Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.
Ramai yang tak perasan kepentingan zink untuk kesihatan sperma dan kesuburan. Badan kita tidak menghasilkan zink..jadi kita kena dapatkan zink dari sumber makanan atau daripada makanan tambahan.

SIAPA PERLUKAN Zinc Complex
  • Lelaki dan Wanita dari bayi sampai ke tua
  • Wanita Mengandung dan Menyusu
  • Orang yang mempunyai pembedahan,gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan , seperti ulser kolitis atau penyakit Crohn . Syarat-syarat ini kedua-duanya boleh mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing .
  • Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber yang baik zink. Juga, kacang dan bijirin mereka biasanya makan mempunyai sebatian yang menyimpan zink daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Atas sebab ini, vegetarian mungkin perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
  • Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi lebih 6 bulan umur.Makanan yang mempunyai zink seperti daging puri adalah disarankan.
  • Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.
  • Orang yang mempunyai penyakit sel sabit
KEBAIKAN Zinc Complex
  1. Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  2. Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  4. Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  5. Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  6. Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  7. Kelesuan kronik
  8. Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  9. Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  10. Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  11. Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  12. Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
  13. Rabun malam
KESAN KEKURANGAN ZINC?
Ia menyebabkan
  • pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak,
  • perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki.
  • rambut gugur,
  • cirit-birit ,
  • mata dan kulit luka dan
  • hilang selera makan.
  • Kehilangan berat badan,
  • masalah dengan penyembuhan luka dan
  • keupayaan untuk rasa makanan
Berminat, hubungi saya ;



  • tahap kecerdasan yang rendah juga boleh berlaku.

Wednesday, May 21, 2014

Nak cantik - Vitamin C RS

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Nak kongsi... semuanya pasal Vitamin C RS shaklee...
Lihat lah...:


Memang superp...
AMAT JIMAT...HARGA..MASA..& KHASIATnya.

*** Semestinya : Selamat.. berkesan & Mesra Alam... "HALAL".

Hubungi saya :

Monday, May 19, 2014

Combo bersama Meal shake Shaklee

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Cuti sekolah hampir tiba, palnning ke mana ye??...
Jom..intai-intai paparan saya, mana tahu anda berminat.. combo set bersama Meal Shake ; anda & anak-anak.


Jimat BANYAK taww...
Nak jimat BANYAK LAGI.. jom sertai ahli Shaklee bersama saya.

Percuma konsultasi juga..

Berminat... hubungi saya :

Friday, May 16, 2014

Chewable Vita-C 100mg

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Chewable... datang kembali, stok amat terhad...siapa pergi HQ baru dapat. Yang jauh.. tak dapat la.. macam saya ni..

Untuk anda & anak-anak.. kemam-kemam dalam mulut saja.. macam gula-gula... masam-masam manis.

Dengan jasa baik..mak saya.. alhamdulillah.. dapat juga. Tapi tak banyak.. sape nak???.. cepat-cepat hubungi saya ye...


Wednesday, May 14, 2014

Set Ibu Hamil bersama Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Anda muntah-muntah..loya & kerap pening kepala, tak tahu puncanya. Bila buat pemeriksaan doktor, positif..anda pregnant. Tahniah ye...
Mahukan set Ibu Hamil :


Bacalah..kisah ibu hamil semasa pemeriksaan di Klinik Kesihatan ;

Nak ke...? Hubungi saya ;

Tuesday, May 13, 2014

Kurangkan stress dalam harian kita

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Stress! Stress! Stress! Kata2 ini selalu sangat kita dengar bila saja kita melihat seseorang berada dalam keadaan tidak terurus ataupun mengalami masalah. Stress tidak kira dari segi mental mahupun fisikal, pokoknya stress. Stress berlarutan jika tidak dikawal boleh jugak menyumbang kepada penyakit jantung. Jadi, kali ini kita cuba ketahui antara punca2 stress masa kini diantaranya ialah:
Keadaan mengancam dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk menghadapi ancaman yang dihadapinya menyebabkan tekanan.
  • Tekanan dalam diri sendiri kerana tidak dapat memenuhi cita2 iaitu kepentingan kerjaya, bercita-cita tinggi, mementingkan hasil kerja dan kesempurnaan dan apabila tidak dapat mencapai apa yang dikehendaki akan menyebabkan diri kita berada dalam keadaan tertekan.
  • Keadaan keseluruhan tempat kerja jugak memainkan peranan dalam menyumbang stress terutama dari segi suasana ruang tempat kerja samda sempit, bising, kotor, tidak teratur dll. Bebanan kerja, keadaan kuantiti kerja, sikap individu tidak kira dari rakan sekerja, bawahan mahupun atasan, prosedia dan pelbagai lagi situasi tempat kerja jugak boleh menyebabkan stress.
  • Tekanan kewangan dan keharmonian rumahtangga mahupun keluarga jugak mampu membuatkan diri kita stress disamping faktor2 kesihatan yang tidak terjaga.
Oleh itu, cuba elakkan diri daripada stress. Ada orang cakap, sauna boleh mengurangkan stress. Ada yang  kata bersukan mahupun beribadah pun boleh meringankan stress.


VITAMIN ANTI-STRES

Saya mengamalkan vitamin semulajadi B-Complex Shaklee dan beberapa vitamin dan supplement lain bagi membantu saya lebih cergas dan bertenaga. Vitamin B-complex turut dikenali sebagai vitamin penenang atau vitamin anti-stres.
Vitamin B-Complex Shaklee sangat disarankan bagi mereka yang sering terdedah kepada tekanan seperti pelajar, pekerja, peniaga, dan sudah semestinya wanita-wanita, ibu-ibu dan isteri-isteri yang hebat di luar sana!

Hubungi saya :

Monday, May 12, 2014

Meal Shake boleh bantu anda


Tips...: Sayangi Anak Anda..

Assalammualaikum & salam 1 Malaysia,

Tahukah anda? Anak anda tidak akan menganggap anda menyayangi 

mereka selagi anda tidak memuji atau menunjukkan rasa kasih sayang 
kepada mereka. 



Marahkan anak bukan jalan terbaik untuk anda ajar anak anda sesuatu. 
Walaupun keluarga anda mendidik anda dengan teknik sebegitu iaitu 
menggunakan kekerasan dan selalu marah, ia berbeza dengan keadaan 
anda sekarang kerana anda sekarang ada ilmu.



Ibu bapa anda dahulu telah melakukan apa yang terbaik untuk anda. 
Sekarang giliran anda pula untuk melakukan apa yang terbaik untuk 
anak anda. Manusia memang akan lakukan kesilapan dan anda perlu 
bersedia dengan kesilapan yang bakal anak anda lakukan. 



Cari penyelesaian, bukan melepaskan geram.



Puji anak anda jika mereka lakukan perbuatan yang terpuji. 
Tunjukkan kasih sayang jika anak anda gagal melakukan sesuatu. 
Anda perlu maafkan mereka kerana kesilapan akan membina peribadi 
anak anda untuk menjadi lebih baik.

Anak kita kerap demam, batuk & selesema...merisaukan ibu & ayah.
Jangan dibiarkan nanti anda akan kesal. Bawalah anak kita ke klinik untuk rawatan. Sekali rawatan kosnya RM60.. kita perlukan sediakan wang secukupnya.
Anda mahukan supplemen untuk anak anda..harganya amat berpatutan jika dibandingkan kos rawatan tadi. 
MEAL SHAKE untuk anak kita..sentiasa sihat & ceria.

1tong boleh jimat 2 ke 4 bulan.. jika pengambilan seorang anak.
1tong boleh jimat 1 ke 3 bulan.. jika pengambilan 2 ke 3 anak.

Anda tak percaya ke... cuba 1tong dahulu.. anda akan tahu jawapannya.

Hubungi saya jika anda berminat ye..






Friday, May 2, 2014

PROMOSI MAY'2014 - MEAL SHAKE

Apa itu Meal Shakes? 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi19 vitamin utama dan mineral tambahan serta sarat dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anak anda.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

  • Bayi bermula 1 tahun ke atas
  • Sumber utama vitamin untuk kanak-kanak
  • Perangsang kepada anak yang kurang selera makan
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga emas
Keistimewaan Meal Shakes Shaklee
  • Sumber yg kaya dgn fiber, protein dan kalsium
  • Rendah glisemik dan lemak
  • Lengkap dengan protien dan 24 jenis A-Z vitamin penting, minerals dan trace minerals yang di perlukan untuk tumbesaran
  • Rasa french vanila yg sedap
Kelebihan Meal Shakes Shaklee
  • membantu perkembangan minda dan IQ anak
  • menambah selera makan anak-anak
  • membantu masalah sembelit
  • mengatasi masalah selalu selsema dan asma
  • menguruskan badan

Minuman khasiat untuk kita seisi keluarga, hubungi saya ;