Thursday, August 28, 2014

Set anak sihat dan pintar - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Jom.. dapatkan makanan tambahan untuk anak-anak kita supaya mereka sentiasa sihat & pintar :




Apa kata, kita bekalkan anak-anak kita dengan vitamin ini :

Mealshake :

- Mengandungi nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak.- Memberikan tenaga secara konsisten.- Menyokong sistem imunisasi.- Mengekalkan kesihatan berpanjangan.

Omega Guard :

- Untuk kesihatan dan fungsi otak.- Kandungan DHAnya meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.- Mencegah penyakit Alzheimer.
- Memelihara penglihatan dan pendengaran.
- Mencegah migrain.

Chewable Vita-C :

- Mempertingkatkan sistem imun tubuh.
- Memberi kesihatan kepada kulit.
- Memudarkan parut luka dan kudis.

Tidak semestinya ambil semua dalam set ini, saya akan cadangkan mengikut bajet anda dan konsultansi terbaik akan diberikan untuk anda. Insya Allah.

Hubungi saya ;


Wednesday, August 27, 2014

Dah ada stok....Herbal Blend Cream Shaklee - CEPAT!!!...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Imbas kembali...


Herbal Blend®
Multi-Purpose Cream

  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Jom... dapatkan Herbal Blend Cream ini.. sebelum kehabisan stok...
tanpa bahan kimia.. bahan semulajadi...Halal.






Hubungi saya;

Tuesday, August 26, 2014

Tips Menjaga Kesihatan Tubuh Agar Tetap Segar - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom.. luangkan masa seketika ;

Menjaga kesehatan tubuh sangatlah penting, karena akan 
menentukan sehat tidaknya tubuh kita.
Jika kita tidak menjaga kesehatan tubuh kita, maka otomatis tubuh 
akan menjadi tidak sehat, dan akan memudahkan penyakit untuk 
masuk kedalam tubuh, dan ujung-ujungnya rumah sakitlah tujuan anda. Pola hidup sehat yang baik dan benar lah merupakan ubat
yang paling ampuh mencegah anda dari berbagai macam penyakit.
Setiap orang pasti mendambakan tubuh yang sehat baik jasmani 

mahupun rohani.
Tapi disini kita akan berbicara soalnya jasmaninya.
Jadi di sini saya akan berbagi tips menjaga kesehatan tubuh 

agar tetap segar, sehingga tubuh akan lebih tahan terhadap
segala penyakit.




Berikut ada beberapa tips kesihatan untuk menjaga kesehatan

tubuh anda :
Tips Menjaga Kesehatan tubuh yang pertama adalah dengan 
berfikiran positif, Di dalam tubuh yang sihat terdapat fikiran 
yang tenang. Selalu lah berfikiran positif terhadap segala masalah yang kita hadapi kerana setiap masalah pasti
penyelesainya.
Yang kedua : Beristirehat yang cukup setiap hari, merupakan salah
satu faktor untuk menjaga daya tahanan tubuh anda. 
Dalam hal ini tidur yang cukup dan berkualiti.

Yang ketiga : Penuhi makanan yang berserat setiap harinya. 
Berikut Makanan berserat tinggi :
Makanan banyak serat Alpukat ;
Buah alpukat ternyata memilik kandungan serat yang cukup tinggi
untuk kebutuhan serat bagi tubuh anda. Dalam setiap setengah
potong buah alpukat tersebut mengandung 6 gram serat. 
    Oleh karena itulah, buah alpukat sangat dianjurkan untuk 
    di konsumsi untuk mencukupi kebutuhan serat yang diperlukan
    oleh tubuh anda.

    Makanan banyak serat gandum ;

    Dalam hal ini walnut dan almond yang merupakan jenis 
    kacang-kacangan yang memiliki kandungan serat yang cukup
    tinggi pula untuk kebutuhan serat dalam tubuh anda.

    Makanan banyak serat buah-buahan ;

    Buah-buahan yang memiliki kandungan serat yang tinggi 
    yang diperlukan oleh tubuh anda.

    Fungsi makanan berserat ini iaitu menjaga tubuh dari serangan

    bakteria.


    1. Pastikan bahawa makanan yang anda makan sudah di cuci dengan bersih atau dimasak dengan sempurna.
    2. Untuk mengelakkan badan anda mengalami kegemukan dan risiko terkena penyakit kegemukan atau obesiti. Makan lah makanan yang seimbang. 
    3. Vitamin D dapat ditemukan pada sinar matahari, telur, hati dan ikan.
    4. Air bukan sekadar menghilangkan kehausan apabila dahaga, malah merupakan komponen utama yang memastikan setiap sistem dalam badan berfungsi.
    • Tersenyum merupakan Tips Menjaga Kesehatan tubuh paling mudah. Ini kerana, dengan senyum dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda.


    Anda kerap letih & lesu, jom.. dapat kan Supplemen Kesihatan yang Optimum :
    B COMPLEX : Mengurangkan rasa tekanan/ stress. 
    Melancarkan perjalanan darah. Untuk sakit urat.
    Ostematrix : Memberi kesegaran bila bangun pagi.
    Mengurangkan sembelit
    Vitalea : Pembentukan sel darah merah. 
    Membekalkansumber vitamin & mineral yang badan perlukan.

    Mahukan, supplemen untuk kesihatan yang Optimum ;


    Monday, August 25, 2014

    Senyum Shaklee

    Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

    Peringatan buat diriku juga...: Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."
    Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.
    ** Senyum tak perlu kata apa-apa** 

     Hubungi saya;


    Saya dah tukar... anda bila lagi???....
    Jimat.. bersih... tanpa bahan kimia.

    Thursday, August 21, 2014

    Apakah Vitamin C Dan Kebaikannya - Shaklee

    Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

    Nak kongsi info Vitamin C lagi...:

    Apabila bercerita pasal vitamin C, semua orang mesti terfikir ia amat penting untuk mencantikkan kulit. Tahukah anda, selain untuk kulit,
    ia menpunyai pelbagai fungsi lain yang sangat membantu untuk
    badan manusia.


    Pasal apa itu Vitamin C, kepentingan dan kegunaan :
    Apa itu Vitamin C.
    Vitamin C adalah vitamin larut air ataupun water soluble vitamin,
    yang bermaksud bahawa badan kita tidak menyimpannya. 
    Kita perlu mendapatkannya daripada makanan,
    termasuk buah-buahan sitrus, brokoli dan tomato.
    vitamin c
    Anda nak tahu kenapa kita perlukan vitamin C ini ?? Ia diperlukan untuk pertumbuhan
    dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita. Vitamin C juga membantu badan
    membuat kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, rawan,
    tendon, ligamen, dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan
    luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan tulang dan gigi.
    Vitamin C adalah antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan
    lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian
    daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang
    merosakkan DNA.
    Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada 
    proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, 
    penyakit jantung, dan artritis.

    Kegunaan Vitamin C.
    Kegunaan Vitamin C sangat banyak, salah satunya untuk 
    meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Sayangnya, Vitamin C
    tidak mudah disimpan dalam tubuh, dan perlu “diisi ulang”
    setiap hari.
    Makanan yang kita makan sehari – hari sebenarnya sudah
    mengandung Vitamin C tapi kita perlu makan dalam porsi
    yang jauh lebih besar agar mendapatkan nilai gizi yang 
    seimbang untuk tubuh.
    Jika kita tidak mendapatkan jumlah Vitamin C yang cukup 
    dalam sistem tubuh anda, maka kesihatan akan mulai
    terganggu.

    Vitamin C mampu menjaga tubuh dari kerosakan persekitaran

    akibat ubat dan asap rokok. Hasil penelitian juga menunjukkan 
    bahawa ia membantu mengurangi gangguan pernafasan akibat
    alergi dan asma.
    Yang paling penting, Vitamin C meningkatkan fungsi sistem 
    kekebalan tubuh yang sihat. Penelitian juga menunjukkan
    ia mampu menciptakan fungsi pembuluh darah yang sehat
    dan membantu menjaga dinding arteri dari tersumbat, 
    dengan itu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Tahukah anda…

    Jambu Batu Mempuyai Sumber Vitamin C yang Tinggi!

    JAMBU BATU
    Jambu batu dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi 
    didalam bentuk asid askorbik. Secara perbandingan kandungan
    asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang
    lain.Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C
    berbanding dengan buah oren, 10 – 30 kali lebih banyak
    berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak
    berbanding dengan buah betik.
    Suatu kultivar yang diperkenalkan dan ditanam di Malaysia 
    iaitu Donrom tanpa biji, dilaporkan mempuyai kandungan 
    vitamin C nya 100 – 300 I.U.
    bersamaan dengan jumlah kandungan dalam 27 biji epal.
    Julat nilai asid askorbik yang dilaporkan ialah 10-1160 mg
    per 100g buah.
    Kebanyakan asid askorbik tertumpu di dalam kulit dan 
    mesokarpa luar, mencapai nilai maksimum didalam buah hijau
    yang matang sepenuhnya dan merosot apabila buah ranum.
    Kultivar isi merah jambu dilaporkan mengandungi jumlah 
    asid askorbik yang lebih tinggi berbanding isi bewarna putih.
    VitaminC
    Bagaimana saya boleh membantu anda untuk mendapat sumber
    Vitamin C yang terbaik?
    Shaklee mengeluarkan 2 produk untuk Vitamin C, iaitu:
    Chewable Vita-C™ 100 mg
    chew vita c
    Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C 
    setara 1½ buah oren. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau
    sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.Apa kebaikannya? 
    Jom kita baca!
    • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh.
    • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan.
    • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat.
    • Meningkatkan sistem imun tubuh.
    • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet.
    • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
    • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan.
    • Tabletnya lebih kecil dari Sustained Release Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan.
    • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda.
    Keistimewaan Chewable Vita C
    • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam Sustained Release Vitamin C shaklee.
    • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin.
    • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
    • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas juga.
    • Boleh juga dijadikan sebagai snek atau seperti gula-gula.
    Sustained Release Vita-CTM500 mg
    vitamin c
    Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu 
    dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti!
    Bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita-C
    dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 
    2 hingga 3 liter sehari.
    Keistimewaan Sustained Released Vitamin C dari Shaklee.
    • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam. 
    • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
    • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
    • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
    Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
    Vitamin C amat penting untuk tubuh kita.. Sayangi badan anda anugerah Illahi.

    Jika anda berminat pada produk Shaklee boleh hubungi saya:

    Wednesday, August 20, 2014

    Sakit tekak tanda awal selesema - Shaklee

    Assalamualaikum &salam 1 Malaysia,
    Namun, tidak seronoknya apabila tekak mula rasa perit dan gatal selepas kerap mengambil minuman berais. Daripada rasa perit, batuk pula menyusul lalu menyebab­kan rasa tidak selesa selama beberapa hari.

    Ya, ia mudah berlaku terutama pada musim panas, tapi pernahkah kita terfikir bahawa sakit tekak yang dialami itu benar-benar sakit tekak biasa atau serangan virus mahupun radang pada tonsil?

    Menurut Perunding Pembedahan ENT Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Kuljit Singh, sakit tekak sering menjadi petanda awal kepada selesema. 

    “Bagaimanapun, sakit tekak daripada selesema itu tidak menggang­gu dalam tempoh lama dan hilang selepas sehari dua. Simptom selesema lain seperti hidung berair dan tersumbat juga boleh menyebabkan tekak sakit.

    “Tonsilitis pula adalah jangkitan pada tonsil yang menjejaskan tisu utama terletak di kedua-dua belah bahagian belakang tekak. Ia disebabkan virus atau jangkitan bakteria dikenali streptococcus.

    “Doktor akan menge­sat tekak untuk mengambil sampel tisu bagi menentukan punca sakit tekak itu. Sakit tekak virus biasanya di­iringi simptom selesema lain termasuk hidung berair, batuk, mata merah atau berair dan bersin,” katanya.

    Tambah Dr Kuljit, tiada penawar atau ubat yang benar-benar berkesan untuk menghilang­kan sakit tekak berpunca daripada selesema virus kecuali mendapat rehat secukup­nya.

    “Mengambil makanan sihat dan minum banyak air kosong juga dapat membantu menyembuhkannya. Ubat yang diperoleh dari klinik atau farmasi dapat melegakan selesema dan mengurangkan simptom sakit tekak. Bagaimanapun, faedah yang diberikannya agak minimum. 

    “Tapi untuk kelegaan segera, ia boleh diambil de­ngan syarat mengikuti dos yang dibenarkan. Antara ubatan yang biasa diberikan ialah paracetamol untuk melegakan sakit. 

    “Lozenge atau gula-gula berubat bagi melegakan kerongkong dan semburan hidung dekongestan untuk melegakan sakit tekak berpunca daripada titisan hingus seperti kahak atau hingus yang menuju ke bahagian belakang tekak kita. 

    “Antibiotik tidak akan diberikan apabila mengalami masalah selesema virus atau sakit tekak virus. Antibiotik cuma efektif menentang bakteria, justeru ia tidak memberi kesan kepada sakit tekak biasa, malah boleh memudaratkan jika diambil tanpa keperluan,” ujarnya.

    Selain sakit tekak, selesema lazimnya menyebabkan masalah hidung seperti hidung berair dan tersumbat. Apabila mengalami tonsilitis, tonsil akan membengkak dan sesete­ngah kes mempunyai bintik putih atau kuning.

    Tanda jangkitan tonsil ini biasanya lebih teruk daripada simptom sakit tekak dengan selesema biasa kerana boleh mengakibatkan hilang selera makan, sakit kepala, nafas berbau, demam, perubahan suara dan kelenjar limfa membengkak di leher.

    Jelas Dr Kuljit, apabila wujud simptom seperti ini, segera berjumpa doktor bagi mengelakkan timbulnya masalah lain.

    “Jangan ambil ubat sesuka hati atau tanpa saranan doktor. Mungkin sebelum ini anda me­ngambil antibiotik untuk selesema virus, tapi ia tidak sesuai untuk masalah sakit tekak lain.

    “Selain itu, pentingkan kebersihan diri terlebih dulu. Basuh tangan de­ngan kerap apabila berada berhampiran individu yang mengalami selesema atau sakit tekak.

    “Ada kes sakit tekak virus disebabkan oleh ais yang tercemar, jadi seelok­nya kurangkan pengambilan minuman berais,” katanya.

    Beberapa cara perubatan turun-temurun juga boleh dilakukan seperti mengamalkan minum air suam yang dicampur lemon dan madu, tapi Dr Kuljit tidak nampak kesan signifikan dalam melakukannya.

    Vitamin Shaklee yang sesuai untuk persediaan awal sakit tekak :

    Hubungi saya, seperti di bawah ;

    Tuesday, August 19, 2014

    Terpaksa Berhenti Merokok - Vivix Shaklee

    Assalamualaikum,

    Semoga hari ini kita dan keluarga sentiasa sihat. Dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

    Manfaat VIVIX shaklee :



    Jom.. baca testimoni Perokok berhenti sebab Vivix :

    "Betul ke Vivix boleh membantu orang untuk berhenti merokok?"

    Jawapan saya, "Insya Allah, Vivix akan menyebabkan orang itu 'terpaksa' berhenti merokok sebab rokok akan rasa pahit selepas menggunakan
    Vivix secara konsisten"

    Walau bagaimana pun, ia masih bergantung kepada kemahuan 
    dan kesungguhan perokok itu sendiri.

    Testimoni lagi : suami 'terpaksa' berhenti merokok selepas menggunakan
    Vivix.

    Ini Testimoni Beliau : Di tulis oleh Pn Arbayah

    Alhamdulillah....nampak dah hasil usaha saya bulan lepas.

    En.somi dah tak merokok!! Semoga istiqomah...

    • Bagaimana saya mempromosikan pada somi supaya berhenti merokok? :
    1. Saya cerita apa yg Dr. Azizan pesan...seingat saya ini juga pesanan
     guru Dr. Azizan..."Bagaimana Allah swt nak limpahkan rezeki kpd kita 
    jika kita sendiri membinasakan diri/tak jaga diri tidak bersyukur dengan
    apa yg dikurniakan oleh Allah dengan menghisap rokok?"

    * Soalan panjang, cer fikir? Allah nak bagi lebih ke kat kita kalau kita
     ni merokok?

    2. Asbab bulan puasa Ramadhan yang lepas ..  Dah memang tak merokok... Jadi dia teruskan usaha tidak merokok

    3. Asbab promosi vivix bulan lepas..menyebabkan somi tak nak merokok...vivix membuatkan perokok rasa pahit bila merokok

    4. Atas kemahuan dan kesedaran sendiri....sebab somi sayang saya dan anak2...sebab tu dia berhenti merokok...

    Alhamdulillah...

    Semoga apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada kita untuk membantu diri sendiri atau ahli keluarga atau
    saudara mara untuk berhenti merokok.

    Jika anda berminat untuk mencuba, pastikan anda mendapatkannya
    daripada saya. Insya Allah saya akan kongsikan cara makan Vivix
    dengan betul.

    Hubungi saya :

    Saturday, August 16, 2014

    BOIKOT Shaklee???

    Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

    Copy by : Master ira&hafizan
    Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. 

    Saya nak kongsi info ; isu BOIKOT SHAKLEE...
    Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah
    kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard,
    lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar
    dengan Shaklee, dengan izin Allah, 
    memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. 
    Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka 
    sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang
    mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan
    daripada Shaklee.

    Walaupun ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan 

    oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.
    Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua
    wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekonomi USA yang
    mana menjadi "sahabat karib" kepada israel yang sedang menyerang Gaza
    tanpa henti.

    Ok, saya mengambil petikan daripada Aqsa Syarif berkaitan apa yang diboikot

    ini kerana bagi pendapat saya, Aqsa Syarif lah NGO yang satu-satunya
    memboikot berlandaskan disiplin ilmu fiqh dan fakta serta bukti yang jelas 
    lagi benar.

    Antara petikan sekitar dialog antara Aqsa Syarif dan MCD:

    Pengurusan MCD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika

    yang lain.
    Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika,
    bahkan Aqsa Syarif tidak boikot syarikat Yahudi kerana ia milik orang yahudi.
    Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan
    Israel- sebuah regim yang zalim-tanpa mengira itu milik umat Islam.

    Dalam isu boikot, saya bersandarkan kepada artikel ustaz zaharudin yang

    ditulis oleh beliau sendiri. Kerana bagi saya, ustaz zaharudin adalah seorang
    yang alim bab ini. Siapalah saya jika nak dibanding dengan ustaz zaharudin.
    Saya cuma berkongsi isi-isi penting yang beliau kongsikan. Bila kita mahu
    meletak hukum atas sesuatu perkara,kita mesti baca dari atas ke bawah satu
    persatu, bukannya main terjah baca sikit-sikit, lepas tu terus buat kesimpulan.
    Itu bukan caranya. Jom kita baca panjang lebar apa yang ustaz zaharudin 
    kongsikan dalam artikel beliau di blog beliau. Di sini saya selitkan sedikit
    info daripada petikan blog ustaz.
    Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah
    bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang 
    seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaa
    mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan
    dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam. 
    Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada
    negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan
    kejahatan dan serangan terhadap Islam.
    Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh
    dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?.
    Atau bagaimana?
    Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum 
    dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan
    mereka sentiasa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan
    peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang
    diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu
    dilihat :-
    1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan
    semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menurut
    syarat jual beli Islam.
    2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU
    perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai
    membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian
    seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja
    jahat Yahudi atau lain
    3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga
    atau wajib memboikot mereka jika :-
    a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam 
    mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam
    Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati 
    pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. 
    Perintah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan
    Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar
    menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas
    dasar 'maslahat' iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat
    di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan
    sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam
    (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah)  
    Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab
    bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan
    kewajiban ini.
    Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi
    masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat
    setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan
    'afdhal' atau 'elok' sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak
    haram untuk terus berurusniaga.

    Tiada Khalifah Islam:
    Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad
    'Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas 'ulil amri' itu jatuh kepada
    kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, 
    Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia,
    maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara
    rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia
    untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang
    khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib 
    ke atas setiap umat Islam secara individu.

    Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara
    umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari
    tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu 
    bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan
    barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda'
    syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram
    makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai
    dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai 
    tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.

    Dalil keutamaan ini antaranya adalah :-

    جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم
    Ertinya : "Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu,
    dan diri kamu serta lidah kamu" ( Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; 
    Albani : Sohih  )

    b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan
    rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi 
    menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
    Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan
    ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. 
    Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera
    musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi 
    di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.
    contoh


    Syarat Sebelum Sebaran
    Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat
    terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan
    atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan
    syarikat itu akan tetap terpakai.
    Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu 
    pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup 
    kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah
    tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya
    polisi sebuah syarikat itu.
    Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut
    kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini
    masih terpakai :-
    أن اليقين لا يزال بالشك
    Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak 
    ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
    Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam
    dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya
    dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan 
    ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang
    disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

    Kesimpulan umum :
    Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, 
    MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau
    Non-Muslim selagi mana : -
    a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)
     serta tempoh lesen masih hidup,
    b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
    c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot
    mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
    d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat
    bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan 
    ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah
    seorang individu dalam syarikat sahaja.
    Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot
    terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya
    terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat
    tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. 
    Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi
    sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.

    ___________________________________

    Ok, di atas ni segala isi tiada sebarang olahan ataupon "edit" dari saya,
    tetapi 100% diambil dari blog ustaz zaharudin berkaitan dengan boikot ini. 
    Itu bermakna, KHAS untuk kupasan bagi SHAKLEE,
    a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)
      serta tempoh lesen masih hidup
       >>>>>Shaklee miliki sijil halal yang SAH, lesen pon yang SAH. ISA (Islamic Services of America) adalah pertubuhan yang memberikan halal kepada produk USA.

    Sijil Halal Shaklee 2014

    Sijil Halal Shaklee 2014


    b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

     >>>Shaklee patuh kepada syariah. Info detail boleh ke link yang 
    disediakan. 

    c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot
     mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

    >>>> tiada berkaitan dengan Shaklee atau produk lain daripada pihak
     kerajaan secara terus. 

    d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat
     bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan
     ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan
     salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
    >>> Shaklee MENAFIKAN ada kaitan dengan Israel 
    >>> Shaklee  TIDAK MENYATAKAN sebarang kaitannya dengan israel
    Shaklee menafikan keterlibatannya dengan Israel
    Penyataan dari Syarikat #1

    Shaklee Tiada Kaitan dengan Israel
    Penyataan dari Syarikat #2



    Shaklee Tiada Kaitan dengan Israel


    Penyataan dari Syarikat #3
    Penerangan di atas memang terang-terang menunjukkan Shaklee memenuhi
    ketiga2 sebab kenapa tidak perlu diboikot produk ini...penerangan ini
    diambil terus dari blog ustaz zaharudin.

    Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT SHAKLEE? 

    Atau TIADA KAITAN antara keduanya?


    Tapi tiba-tiba semalam menjadi spikulasi. Ustaz Zaharudin membuat post

    di Facebook beliau mempersoalkan
    Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?
    Status Ustaz Zaharudin #1
    Kemudian, suami saya (master hafizan) terus hubungi ustaz bagi
    mengelakkan sebarang salah faham dari semua belah pihak. 

    Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?

    Apa yang dimaksudkan oleh suami saya adalah merujuk kepada artikel 
    di bawah ini yang quoted daripada post ustaz berkaitan dengan boikot

    Syarat Sebelum Sebaran
    Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh
    syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu
    serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus 
    berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
    Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu
    pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum
    cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana
    ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja
    dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
    Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang 
    menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu,
    kaedah fiqh ini masih terpakai :-
    أن اليقين لا يزال بالشك
    Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak 
    ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
    Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari 
    bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak
    akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka
    dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya
    akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.


    Dan ini yang ustaz reply balik. 

    Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?

    Reply dari Ustaz Zaharudin


    Ini menunjukkan, sebenarnya niat ustaz lain, tapi lain pula jadinya. 

    Ustaz tidak memberitahu kenyataan yang Shaklee mesti diboikot...
    kerana ustaz tidak suruh boikot, namun masyarakat fikir sebaliknya.

    Kemudian, ustaz edit post beliau untuk mengelakkan ketidakjelasan 

    dan kontroversi.

    Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?
    Status Ustaz Zaharudin #2


    Tapi, bahagian komen post ini makin hangat oleh pembaca. 

    Ramai yang tulis dengan emosi lebih daripada fakta ilmu sebenar.
    Semua ikut kepala masing-masing tanpa rujuk kembali kepada petikan
    tulisan ustaz zaharudin sendiri seperti di bahagian atas post ini.

    Dan kemudian, ustaz edit kembali bagi menyejukkan keadaan dan semua

    untuk faham apa yang beliau ingin sampaikan.


    Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?

    Status ustaz zaharudin #3

    Ayat terakhir dalam status ini adalah...."Maksud status ini, masing-masing
    buatlah kajian lanjut dan kemudian bolehlah menentukan sikap yang paling
    tepat" bukannya seperti yang difahami oleh kebanyakan insan yang buat
    komen di status ustaz ini..iaitu boikot Shaklee..

    Jadi, setiap orang miliki hak masing-masing. Dan adab dalam menyatakan 
    sesuatu itu juga perlu dijaga dengan rapi. Setiap yang kita ingin boikot
    mestilah mengikut disiplin ilmu fiqh yang betul dalam menghukum sesuatu
    sebagaimana yang ditulis oleh ustaz Zaharudin sendiri di dalam 
    kami berkenaan Shaklee iaitu bersandar kepada ilmu yang disampaikan 
    oleh seorang ulamak yang faqih dalam bidang fiqah seperti ustaz Zaharudin. 


    Kepada warga Shaklee yang ada "tersinggung" atau terasa hati dengan 
    kaedah teman-teman yang menulis di facebook atau blog. tak kiralah 
    daripada ex shaklee atau non shaklee atau sesiapa sahaja. Ambil ia 
    secara positf. Insyaallah, kami masters akan berusaha yang terbaik 
    untuk mencari solusi atas perkara ini dan ia sedang dilakukan langkah
    demi langkah bersama Shaklee Corporation. 

    Dan soft reminder untuk semua warga Shaklee juga, kita mesti menjaga 
    adab kita dalam berdiskusi. Letakkan emosi di tepi. Dan berbincanglah 
    dengan ilmu dan fakta yang betol. Elakkan daripada "kurang adab" dengan
    seorang ustaz atau pon sesiapa sahaja kerana akhlak itu menjadi simbolik
    utama kita sebagai seorang muslim terutamanya. 

    Setiap yang susah akan diberikan kesenangan daripada Allah. Kita doakan
    segala isu berkaitan Shaklee atau personal dalam Shaklee ini dapat 
    diselesaikan dengan berhemah dan pastinya untuk mendapatkan sesuatu
    kata putus itu perlukan kesabaran dan tahap profesional dalam berdiskusi 
    dalam berbincang sesuatu perkara. 

    Tujuan post ini bukan mahu mempertahankan siapa yang betul dan salah,
    tetapi mahu menerangkan apa stand yang kami pegang sebagai
    Shaklee Independent Distributor dan menerangkan situasi sebenar 
    daripada isu yang berlaku bagi mengelakkan salah faham yang berleluasa
    antara sesiapa sahaja. Wallahu a’lam

    Terima kasih