Sunday, November 30, 2014

Tuesday, November 25, 2014

Vitamin C dan kolagen untuk kulit - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Hari ini, saya baca artikel Kesihatan, tentang hebatnya Vitamin C & kolagen untuk kulit kita.
Jom... luangkan masa seketika.

ARKIB : 12/10/2014
SECARA umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Ia harus diterima secara positif.
Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin C dan kolagen.
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.
Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.
Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.
"Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.
"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.
Keperluan
Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.
Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.
Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.
"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya.
Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber ikan daripada laut seperti ikan.
"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.

Sunday, November 23, 2014

Omega Guard Shaklee Membantu Menangani Penyakit Asma

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Jom... luangkan masa kita seketika, membaca adalah jambatan ilmu.

Kasihan kat anak ada asma/ athma/ semput..:

Anak anda asma?


Bahayanya penyakit asma. Kita sebagai ibubapa telah diamanahkan menjaga zuriat 
sebaik-baiknya.





Apa itu penyakit asma?
Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot 
di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan 
bengkak dan sempit
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara 
mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.
Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada 
kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka 
diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit 
berkenaan. Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, 
di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko 
yang lebih tinggi.
Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. 
Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk 
Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.


minyak ikan shaklee mencegah penyakit asma
Salah satu kebaikan Omega Guard Shaklee membantu 
menangani penyakit asma.
Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, 
mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma 
'mild to moderate persistent asthma', yang mengambil 
suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu 
menunjukkan pengurangan penggunaan 'emergency inhaler' 
sebanyak 31%
Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada 
ubat sedutan yang mempunyai steroid itu.
Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh 
dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan 
yang dapat mencegah penyakit tersebut.
Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan 
mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat 
mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan.

Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau 

khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau
mengurangkan risiko asma kecuali ikan.
Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat
mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. 

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan 

dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. 
Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan
Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).
Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika 
kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka 
yang menghidapinya.


Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik di Dunia :

Terdiri daripada 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu 
EPA (Elcosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), 
EDA menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi
perkembangan & fungsi otak. 
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan 
proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega 3
yang bermanfaat & semulajadi, disamping menyingkirkan
bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat
di dalam kebanyakan jenis ikan. 
Satu hidangan Omega (3biji) menyediakan 990mg Asid Lemak 
Omega-3.

Berikanlah Omega Guard Shaklee kepada anak yang menghidap

asma. Ini adalah langkah pertama untuk mengurangkan penggunaan inhaler sekaligus dapat hidup tanpanya suatu hari nanti.
Tiada inhaler tiadalah steroid. 
In syaa Allah Omega Guard Shaklee membantu menangani 
penyakit asma anak anda.

Dapatkan supplemen Omega Guard Shaklee dari saya.
Hubungi : 

*** Promo Bulan NOVEMBER 2014, special price yee... 
jika order combo set bersama Omega Guard dengan saya**

Saturday, November 22, 2014

Motivasi Pagi.. SABTU

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Sudah lama saya tidak update blog. 
Banyak urusan yang perlu diselesaikan dalam bulan November..
so... di sini, ummi nak beri kata-kata semangat buat diri ummi & kengkawan blog ummi.

Alhamdulillah... Allah s.w.t masih sayangkan kita...




Senyum adalah satu sedekah yang tak perlu dibayar tapi akan diberi pahala kepada kita. 
MUDAH kan... syukran Ya Allah...
Senyum.. tak perlu kata apa-apa.



Ummi bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana diberi kehidupan yang cukup sempurna bersama insan-insan tersayang.

Ummi suka berbisnes online & offline bersama produk Shaklee.
Kengkawan ada masalah kesihatan... mahukan vitamin/ makanan tambahan semulajadi, selamat & berkesan... in shaa Allah, carilah ummi k.

Hubungi ummi ;
Facebook : Yusla Mahat
WA/ SMS : 012 6855282

Ummi akan bantu apa yang ummi mampu, 



Sunday, November 16, 2014

Info Sendi kita... jangan pandang remeh ye...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom... luangkan masa seketika, membaca adalah jambatan ilmu. 
Jika ada kesilapan & kesalahan harap tegur-tegurlah saya di komen ye...

Tubuh manusia adalah ciptaan yang sungguh mengagumkan. Ia terdiri daripada 206 batang tulang yang disusun dan disambungkan antara satu sama lain untuk apa yang dipanggil sebagai tulang rangka. Syukran.. Ya Allah... begitu sempurnanya ciptaanMu kepada hamba-hambaMU.

Keunikan reka bentuk tubuh badan ini membolehkan manusia bergerak, berpusing, berputar, membongkok, melipat dan meregang dengan bantuan otot-otot. 
Foto 1 : Sendi Normal/ Sihat

Foto 2 : Sendi Tidak Sihat/ Tidak Normal


Beginilah keadaannya rupa sendi lutut yang normal. Sendi-sendi yang mempunyai banyak fungsi ini boleh mengalami keradangan atau inflamasai. Inilah yang dipanggil arthritis.
Apakah penyebab arthritis
Arthritis bukanlah penyakit keturunan, namun begitu dengan mempunyai gen-gen tertentu ia juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat arthritis. 
Pakar perubatan telah pun mengenalpasti lebih dari 100 penyebab arthritis. Antara penyebab-penyebab penyakit arthritis termasuklah osteoarthritis, arthritis yang disebabkan jangkitan kuman, gout, psoriasis dan rheumatoid arthritis
Dalam osteoarthritis, proses proses penuaan yang berlaku menyebabkan kehausan pada tulang rawan. Ini kemudiannya akan membawa kepada pergeselan tulang di antara satu sama lain dan seterusnya akan menyebabkan kesakitan. 
Risiko untuk anda menghidapi osteoarthritis semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia. 
Rheumatoid arthritis adalah sejenis penyakit auto imun yang melibatkan sendi-sendi. Ia menyebabkan inflamasi dan kerosakan pada sendi. 
Dalam penyakit gout, pengkal ibu jari kaki akan menjadi bengkak dan sakit secara tiba-tiba disebabkan oleh mendapan Kristal asid urik. 
Arthritis juga boleh berlaku disebabkan kecederaan sewaktu bersukan sebagai contoh bermain bola sepak. 
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala arthritis
Penghidap arthritis akan mengalami sakit sendi, bengkak sendi, ketegangan di waktu pagi, rasa panas di sekeliling sendi, kurang upaya untuk menggerakkan sendi disebabkan oleh rasa sakit. 
Jika arthritis ini tidak dirawat dan dibiarkan berlarutan, kecacatan sendi akan berlaku seperti dalam penyakit rheumatoid arthritis dan osteoarthritis di tahap yang teruk. Kajian yang dijalankan bergantung kepada punca yang disyaki. Ia termasuklah ujian darah, air kencing dan juga x-ray sendi. 
Bolehkah penghidap arthritis menjalani kehidupan normal
Ya, ia boleh dicapai dengan rawatan tertentu. Memberikan pendidikan kepada pesakit, rawatan tanpa ubat seperti pemulihan anggota, pemulihan cara kerja, pengurangan berat badan. 
Ubat-ubatan : ubat untuk dimakan, ubat sapu dan jika perlu pembedahan. Antara rawatan pemulihan anggota yang boleh didapati di hospital termasuklah senaman aerobik ringan, berenang, rawatan ultra sound, celupan lilin suam. Adakalanya pengubahsuaian perlu dilakukan di dalam kehidupan seharian bagi membolehkan pergerakan yang lebih selesa. 
Untuk memudahkan kerja, letaklah barang kegunaan harian pada paras dada supaya anda tidak perlu membongkok.selain dari itu, penggunaan alatan rumah yang diubah suai juga dapat membantu. Duduk sewaktu membuat kerja-kerja di paras rendah. Gunakanlah kerusi sewaktu mandi. Penggunaan tapak tangan untuk membuka atau menutup barangan seperti penutup botol akan memudahkan kerja. Kasut yang mempunyai Velcro atau kasut sarung memudahkan pesakit untuk memakai kasut. 
Apakah ubat yang biasa digunakan
Ubat-ubatan seperti paracetamol dan non streroidal anti inflammatory drugs digunakan untuk mengurangkan kesakitan sendi. Ubat-ubat lain mungkin juga diperlukan bergantung kepada jenis arthritis contohnya cold chissin dan alopurinol untuk gout. Rheumatoid arthritis pula memerlukan ubat yang berbeza. Rawatan susulan amatlah penting bagi memastikan rawatan rapi dapat dilakukan selain dari mengetahui kesan sampingan penggunaan ubat. 
Ada kalanya ubat-ubatan tidak memadai dan pembedahan mungkin diperlukan. Pembedahan menggantikan sendi yang sudah tidak berfungsi berkesan untuk melegakan kesakitan dan meningkatkan tahap mobiliti. Penjagaan keselamatan di dalam dan di luar rumah perlu diberi perhatian yang serius. Alihlah tikar, wayar dan juga tali yang boleh menyebabkan anda terjatuh. 

Perlu ambil perhatian dalam harian kita :

  • Cara duduk yang betul dengan lutut, pinggul dan pergelangan kaki pada sudut 90 darjah akan membuatkan anda rasa lebih selesa. 
  • Makanlah makanan yang seimbang. 
  • Pesakit gout mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan purin. 
  • Penjagaan berat badan yang ideal amatlah perlu. Telah terbukti dengan mengurangkan lima kilogram berat badan ia dapat mengurangkan 15 hingga 20 kilogram tekanan ke atas lutut. 
Secara keseluruhannya terdapat pelbagai penyebab arthritis. Oleh itu langkah-langkah pencegahan dan rawatan awal amatlah penting. Arthritis, kesedaran adalah permulaan.

Cegah dahulu, sebelum sakit berlarutan. Duit boleh di cari kesihatan paling diutamakan demi diri sendiri, keluarga serta dapat menjalankan kewajipan kita beribadat dengan sempurna. In shaa Allah.... 
** Jagalah kesihatan Sendi kita sebaik mungkin.. di atas ciptaan Allah s.w.t untuk hamba-hambaNya.
Mahukan supplemen untuk menyokong kesihatan menyeluruh sendi kita


Klik 2x untuk besarkan foto.. tq

Klik  :ummidihatiku/setsenditulang

atau 

hubungi saya :
Facebook : Yusla Mahat
WA/ SMS : 012-6855282

In shaa Allah, saya akan bantu apa yang saya mampu... di atas kepercayaan anda terhadap saya.


Saturday, November 15, 2014

Info ringkas : kulit lebih lembap & sihat - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom... grab 1 set combo : GLA + OmegaGuard dari saya,

Harga promo tau... jika order bersama OmegaGuard untuk bulan November 2014 sahaja ye...

Lihat paparan saya :

Hubungi saya ye... jangan malu & segan, in shaa Allah... saya sedia bantu apa yang saya mampu.
Yusla Mahat,
WA/ SMS : 012-6855282

Nak & Tak Nak aje... - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
Anda nak cuba ambil produk Shaklee...:
nak sertai ahli untuk jadi pengguna, 
nak berbisnes online & offline, 
tak tahu macam mana???
masih tertanya-tanya...
“Saya tak pernah guna produk Shaklee”
“Saya tak tahu nak share apa pasal Shaklee”
“Saya tiada info berkaitan Shaklee”
“Saya segan nak share pasal Shaklee ni”

Jangan risau …. !!!!

Hanya dengan menjadi ahli, jom... hubungi saya. Kita sama-sama berusaha menjadi pengedar Shaklee yang berjaya di dunia & akhirat..
InsyaAllah semua akan menjadi mudah.
Hubungi saya :
Facebook : Yusla Mahat
Wassap/ SMS : 0126855282

Thursday, November 13, 2014

Pengguna Bijak - Shaklee

Assalamualikum & salam 1 Malaysia,

Peringatan kita bersama...:

Jadilah pengguna bijak ;
Apabila membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, pengguna yang bijak mengetahui isi kandungan dan sumber barang tersebut sebelum membelinya. Dengan cara ini, masyarakat akan hidup dengan lebih kondusif dengan meminimumkan pembaziran. Seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini.

Saya suka vitamin Shaklee
Saya jual Shaklee

Berminat, hubungi saya ;
Facebook : Yusla Mahat
Hp No.: 012-6855282

Wednesday, November 12, 2014

Tangani obesiti cara Islam

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom.. luangkan masa seketika...

Artikel ni dari SinarHarian. Sejak lepas raya ni badan dah mula naik. Terjumpa plak artikel ni.. jom baca
OBESITI oh obesiti... Isu ini tidak pernah sepi dalam masyarakat hari ini. Ia berkait rapat dengan soal pemakanan dan kesihatan. Apatah lagi Malaysia terkenal dengan syurga makanan yang menawarkan pelbagai sajian 24 jam, tanpa perlu memasak di dapur.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, obesiti bermaksud kegemukan yang disebabkan terdapat lemak yang berlebihan. Masalah obesiti ini berlaku kepada semua peringkat usia masyarakat. Ini adalah berkaitan dengan malnutrisi iaitu kekurangan makanan seimbang.

Untuk mengupas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dalam menyumbangkan kemaslahatan manusia, khususnya umat Islam, menganjurkan seminar sehari bertajuk Daripada Malnutrisi kepada Obesiti: Menelusuri Tabiat Makan Umat Islam di Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Ikim, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam ucapan perasmian seminar itu berkata, obesiti menjadi masalah kesihatan yang dihadapi di seluruh dunia.

"Ancaman obesiti sebagai faktor risiko kepada penyakit tidak berjangkit (noncommunicable disease) ternyata amat membimbangkan.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 3/4 kematian di negara sedang membangun pada 2020 adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit.

"Statistik menunjukkan individu yang mengalami obesiti di seluruh dunia meningkat dari 857 juta pada 1980 kepada 2.1 pada 2013," katanya.

Beliau menambah, penularan masalah obesiti kian pesat dalam masyarakat hari ini berkaitan dengan cara pengambilan makanan harian. Hampir 50 peratus orang dewasa di negara ini mengalami obes, tetapi masih tidak mempedulikannya.

Islam adalah sistem hidup yang mengiktiraf kesihatan dalam aspek fizikal, spiritual dan mental. Berlebihan dalam pengambilan makanan tidak digalakkan dalam Islam.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada satu wadah (bekas) yang dipenuhi oleh anak Adam lebih buruk daripada perutnya.

Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulangnya. Jika ia harus mengisi perutnya lebih daripada itu, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga untuk pernafasannya." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Jangan bertuhankan perut

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Dan Dialah (ALLAH) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaitun dan delima yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya).

Makanlah daripada buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya ALLAH tidak suak kepada orang yang melampau. (Surah al-An'am: 141)

Dalil di atas menunjukkan kemurahan ALLAH SWT dan keluasan yang dikurniakan-Nya kepada hamba-Nya dalam soal makan minum.

Diharuskan bagi mereka memakan semua jenis makanan asalkan ia halal dan baik, tidak lupa mensyukuri-Nya, tidak berlebih-lebihan dan tidak membazir menuruti tabiat syaitan, kata Felo Kanan Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Md Asham Ahmad dalam kertas kerjanya Petunjuk al-Quran & Sunnah Dalam Soal Pemakanan & Kesihatan.

Menurutnya, halal ertinya diharuskan, yakni tidak terikat dengan larangan ataupun pengharaman.

Manakala tayyib bererti suci. Makna asalnya adalah apa yang diperoleh kelazatan dan kebaikan daripadanya. Ia merangkumi kebaikan dunia dan akhirat.

Kategori baik itu adalah makanan yang terbukti kebaikannya kepada kesihatan, berdasarkan bukti ilmiah. Dari segi nutrisi, baik buruk makanan diambil seseorang bergantung kepada banyak faktor, antaranya adalah keadaan kesihatan, cuaca, dan pekerjaan.

Oleh itu, makanan yang baik bagi seseorang belum tentu baik bagi seseorang lain. Ini termasuklah makanan diambil Rasulullah, tidak semestinya baik dan sesuai untuk semua orang dalam semua keadaan.

"Terdapat banyak hadis yang menyebut mengenai makanan tertentu dimakan oleh Rasulullah, yang Baginda gemari ataupun yang menunjukkan kepada galakan Baginda agar kita memakannya.

"Mungkin daripada hadis-hadis inilah timbul akhir-akhir ini istilah makanan sunnah yang menjadi slogan golongan peniaga dan pengeluar makanan tertentu untuk menarik perhatian pelanggan membeli dan menggunakan barangan keluaran mereka."

Antara makanan yang sering disebut sebagai makanan sunnah adalah kurma, barli, buah ara, anggur, madu, tembikai, susu, cendawan, minyak zaitun, buah delima dan cuka.

Bagaimana pula dengan makanan yang lain, daripada rezeki yang dikurniakan ALLAH kepada manusia tetapi tidak dinyatakan dalam hadis ini? Adakah makanan ini kurang keistimewaannya berbanding dengan apa yang dirujuk sebagai makanan sunnah itu?

Rasulullah tidak cerewet dalam memilih makanan. Namun sebagai manusia biasa, ada makanan tertentu yang menjadi kegemaran Baginda dan ada yang tidak suka. Baginda juga mencuba makanan yang tidak pernah makan.

Pemakanan sunnah merujuk kepada adab makan dianjurkan Rasulullah SAW adalah termasuk dalam Sunnah yang digalakkan kita mengikuti dan mencontohi kerana wujud padanya tujuan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan mencontohi Baginda SAW.


Sunnah Rasulullah SAW

Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (Ikim) Norkumala Awang dalam kertas kerjanya Pemakanan & Kesihatan: Pendekatan Islami Dalam Dunia Moden berkata, makan merupakan fitrah bagi setiap manusia. Pemakanan memberi kesan kepada kesihatan dan kelangsungan hidup. 

Menurutnya, pemakanan didefinisikan sebagai zat-zat makanan berinteraksi dan bertindak-balas dengan melibatkan proses pencernaan, penyerapan, pengangkutan dan penyingkiran yang berhubung kait dengan tahap kesihatan dan penyakit (Guthrie & Pichiano, 1999).

Islam telah menggariskan panduan dan petunjuk yang komprehensif berkaitan kehidupan manusia dan juga isu saintifik berkaitan.

Penjagaan kesihatan yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW adalah bersifat pencegahan dan perlindungan kesihatan tubuh badan.

1. Makan secara sederhana

Setiap individu perlu mengambil makanan mengikut keperluan masing-masing. Ia bergantung kepada tahap kesihatan seseorang, jantina, umur, gaya hidup dan pekerjaan.
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar mengatakan seorang lelaki telah bersendawa di hadapan Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW bersabda:

"Tahanlah sendawa kamu daripada kami, sesungguhnya orang yang paling lapar antara kamu pada hari kiamat adalah orang yang paling kenyang di antara kamu di dunia."
Makan berlebih-lebihan mengundang masalah obesiti dan masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan ketidakselesaan anggota badan.

Panduan Diet Malaysia juga mencadangkan agar mengambil makanan dengan menepati prinsip keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian.

2. Makan kepelbagaian makanan dan seimbang

Menurut Ibnu Qayyim al Jauziyyah tidak pernah menjadi tabiat kelaziman Rasulullah SAW untuk memakan sejenis makanan sahaja tetapi Baginda SAW memakan pelbagai makanan.

Baginda SAW juga memakan makanan yang dimakan di negerinya seperti daging, buah-buahan, kurma atau makanan lain. Apabila Rasulullah SAW tidak menyukai sesuatu jenis makanan, maka Baginda tidak menjamahnya.

Tiada makanan yang menyediakan pelbagai zat lengkap. Justeru, setiap individu perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk menjaga kesihatan.

3. Makan berjemaah atau beramai-ramai.

Daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Makanlah kamu secara berkumpulan dan janganlah kamu makan secara terpisah. Sesungguhnya makanan yang disediakan untuk seorang mencukupi untuk dua orang.

Makanan yang disediakan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang. Makanan yang disediakan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang." (Riwayat Muslim)
Imam Ibn Hajar berkata dalam kitab Fath al-Bari: "Sesungguhnya keberkatan semakin bertambah apabila bertambahnya bilangan orang yang turut serta berkongsi makanan tersebut."

4. Aktiviti fizikal dan kerehatan

Rasulullah SAW biasa berjalan kaki dalam aktiviti seharian. Menurut Ibnu Kathir, cara berjalan Rasulullah SAW adalah melangkah dengan cepat seperti langkah mengikut jalanan menurun.

Gaya berjalan sebegini adalah bentuk senaman aerobik dan merupakan aktiviti paling murah. Rasulullah SAW juga menganjurkan supaya mendidik anak dengan berenang, memanah dan berkuda.

Kerehatan juga diperlukan untuk menjamin kesihatan tubuh. Badan juga perlu untuk berehat setelah melakukan pelbagai aktiviti.

Oleh itu, gaya hidup sihat yang menekankan kesederhanaan dalam melakukan sesuatu aktiviti dan kerehatan akan membantu kita mencapai kecergasan fizikal dan menyumbang kepada kesihatan baik.


Manusia bukan robot

Pakar Pemakanan Kanan Institut Jantung Negara, Siti Farhath Sehu Allavudiin berkata persepsi makanan sihat dikaitkan dengan makanan organik, vitamin atau pil suplemen.

Manakala makanan sihat dari segi masakan seperti kukus atau panggang, tidak bersantan atau bergoreng.

"Kita sebenarnya banyak mempersalahkan makanan. Sebenarnya yang patut dipersalahkan adalah amalan pemakanan pengguna. Ini bukan kerana makanan mahal.

"Kita perlu bersederhana dan seimbang dalam semua aspek kehidupan kita termasuk pemakanan. Kapasiti makanan adalah mengikut keperluan individu dan jenis pekerjaannya.

"Jika ambil lebih daripada keperluan, ia akan menjadi terlebih. Dari segi jangka pendek ia tak nampak, tetapi memberi kesan untuk jangka panjang," katanya ketika membentangkan kertas kerjanya Makanan Sihat, Makanan Mahal?

Beliau menambah, manusia bukan robot, sebaliknya memerlukan kepelbagaian dalam makanan untuk sihat. Makanan merupakan pelaburan kesihatan.

Faktor berkaitan dengan kesihatan terbahagi kepada dua iaitu aset tetap (sejarah keluarga, umur dan jantina) dan aset boleh diubah (cara hidup, pilihan makanan dan senaman).

"Amalan pemakanan sihat perlu bermula dari awal. Apabila kita mengetahui sejarah kesihatan keluarga, jadi ambil langkah berhati-hati untuk menjaga kesihatan," katanya.

Antara objektif makanan sihat adalah kawal saiz makanan/hidangan; kurangkan pengambilan lemak/kolesterol; tingkatkan pengambilan serat dan air; serta kurangkan pengambilan gula dan garam.

Prof Madya Dr Zaitun Yassin dari Pusat Pemakanan Malaysia dalam perkongsian maklumat Pemakanan Sihat: Berzat, Lazat, Jimat berkata, pemakanan sihat adalah asas kesejahteraan.

Makanan membekalkan tenaga bagi menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai hamba ALLAH. Dalam Islam, makanan itu membentuk hati. Jika banyak makan, hati mati.

"Oleh itu, janganlah bertuhankan perut. Prinsip makan adalah untuk hidup dan beribadah, bukan sebaliknya."

Daripada Abdullah bin Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Orang kafir makan dengan tujuh perut, manakala orang Mukmin itu makan dengan satu perut sahaja.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)



Mahukan supplemen, jangan segan & malu hubungi saya ;
Facebook : Yusla Mahat
SMS/ Wassap : 012-6855282